Going Wideeeeeeeeeee. Wuhu!

|

Jonker Street

Listening to : Sayla feat Najwa and Qbe - Whoopsie (acoustic)

Rockin it

|

Sedikit buah tangan untuk Proceez Propaganda.

Eksperimentasi Tona Warna

|

Skrin laptop ni menipu. Vivid gila. Jahat.
Ni yang I nak merajuk ni. Berani u main-mainkan i.
I cari yang lain nanti, baru u tahu. Bwek!

Currently listening to : Mocca - When The Moonlight Shines

Gollum

|
"My precious... hard disk..."

Maskara Shorties tu beb...

|
Walaupun kondisi perut wa tak berapa nak elok sangat, teksi yang wa naik semput tak ingat, dan wa belum mandi lagi petang tadi, wa gagahkan juga datang ke rumah pena. Sebelum ke rumah pena, pagi tu, wa pergi lawat photo exhibition otai street candid malaya, encik Chot. Secara pendeknya, seharian juga la wa merayau dengan perut masuk angin ni.

Aiseh.. Rasa manja la pulak guna 'wa'. Macam 'wawa'. Tak kacak la.
Berbalik pada maskara shorties. Aku datang lewat, maka, terlepas la beberapa filem yang ditayangkan di awal event. Memang betul-betul rugi la terlepas filem Bertukar oleh Sinaganaga. Mael cakap cerita tu lawak gila. Agak-agak ada jual CD tak?

Filem-filem yang ditayangkan banyak juga. Tapi, rasanya tak sempat la nak review semua. Sebab aku tumpang laptop orang untuk taip entri ni. Guna lama-lama karang, mau dapat karate atas leher.

Aci Baca Sajak by Abdullah Jones
Start saja aku mula syak sesuatu kat filem ni. Tengok tempat cam familiar. Lepas tu nampak kerang. Hah. Konpem kat Kuantan, area orang jual ubat pelik-pelik dan spek mata rempit dekat padang MPK depan Masjid Negeri. Sajak yang sungguh... erotik. Haha. Steady orang Kuantan.

Alif Kacak by Alif Firdaus Aziz
Walawei. Sampai hari ni aku nyanyi lagu tu dalam toilet. Gila vavas punya penangan.

Hangus by Dean Sham
Pipiyapong hero tu. Berlakon nak cool. Haha. Mael yang member pipiyapong tu pulak ketar-ketar cakap masa scene dalam Kereta Sukan. Time acu pistol kat kepala orang, hebat pulak lakonan dia. Ada beberapa mesej tersirat. Cerita pasal Pipi nak kahwin, rompak YB, janji taknak rompak dah, YB rompakan rupanya bapak awek, YB mintak duit banyak, rompak lagi. Let's rock and roll!

Pintu by Akashdeep Singh
Rasa cam pernah tengok. Ketuk pintu bilik mak, mak tak menyahut. Lama budak tu ketuk.. Saspen! Ketuk lagi.. Abang menangis. Adik nak menangis jugak. Ketuk.. Mak.. Mak.. Pap! Mak masuk ikut pintu depan baru lepas angkat kain. Sayangi ibu anda.

My Perfect Ana by Nazri M. Annuar
Gadis robot berkebaya. Bateri kong, kena tukar robot baru. Ending, dia order gadis robot lagi. Tapi, aku rasa, kalau ending tu order robot berjantina lelaki mesti lagi tebabow. Haha. Aku rasa cerita ni saja je nak kasi peringatan. Isteri bukan robot.

Pemburu Buaya Darat by Tok Rimau
Gorgeous! Buat stail crocodile hunter. Tapi, tangkap orang. Terkacak beb!

Hidup Yang Tidak Dipinta by CST Production
Cinemato ter-babow! Mesti lah. Dah memang field diorang bab rakam-rakam video ni. Gua syak dia pakai tak D300s, mesti D90 takpun 5D mark 2 dengan 10-20. Cerita pasal anak yatim piatu, tinggal dengan nenek. Deep beb. Sebak jugak dada aku. Tak rok dah sekejap.

Frankie Goes to Gua Tempurung by Ayie
Saspek pengguna kamera telefon bimbit. Berbekalkan Naza GTR biru, merempit ke Gua Tempurung. Kami semua sepakat untuk memberi title filem ter-sempoi pada malam tersebut.

Psychopomp by M Fathil Shabab
Over edited. Terbentuk ketulan-ketulan noise yang nampak sangat harsh kat video tu. Subtittle kecil sangat. Ada mesej. Tapi tak sampai kat aku. Sorry.

Benting by Ahmad Hasan Yuniardi (Indonesia)
Menarik. Tapi perlahan.

Kakmin by Ajami Hashim
Perbualan Ajami Hashim dengan arwah Yasmin Ahmad yang sempoi tapi padat. Lepas tengok, anda akan berasa; Oh... patut pun filem-filem arahannya macam tu. "Saya bagi awak tali, saya bagi awak kayu, awak kena buat jambatan sendiri. Saya tak buatkan awak jambatan."

Kimeru by Tosan Priyonggo (Indonesia)
Cerita bahasa Jepun. Camerawork stail cerita Jepun. Cerita pakwe-makwe. Tapi tiada kaitan dengan situasi sedih nak putus hubungan pakwe-makwe. Cerita berunsur humor, tapi lambat nak paham sebab tak jelas babak rambut pakwe sebenarnya terlekat pada jam.

Melayu 7 by Mamat Khalid
Buat stail interview. Soalan-soalan yang diajukan memang rilek. Dah kahwin belum? Kalau dah kahwin, nak pasang satu lagi tak? Tahu pasal politik tak? Nak ambil tahu pasal politik tak? Bapak asal mana? Moyang asal mana? Dan tengok respon-respon mereka.

Sebelum balik, kami angkat itu baju 'rare' sepam. Sembaps angkat itu blook Stingarden Sinaganaga dan Gedung Kartun. Oh ya. Dengar cerita, sampai kat uia, Roshidi Poyo sungguh bising dengan kewujudan komik Gedung Kartun. Roshidi anti-pembangkang. Dia sangat kaki perempuan (sebab tu dapat poyo), suka usha facebook perempuan hot dan cakap tak serupa bikin. Ehem. Crocs ko beli tu bila nak pakai buat pergi jamban weh? Haha.

Maskara Shorties : Rocks.

Klasik. Tak berapa nak klasik la tahun 2007.

|
Ini gambar masa hari sukan sekolah sains batu 8. Gua terjumpa ni masa tengah kasi bersih cakera keras komputer riba gua, tadi. Gambar dari kamera sapa ntah aku pun tak tahu. Boleh tahan jugak dia punya wide angle.

Berbalik kepada gambar. Gua yang duduk tengah-tengah semestinya. Tengah tahan tangan si Syed daripada tutup muka gua. Gila apa. Bukannya pakai kamera digital gambar tak jadi boleh main delete-delete. Sebelah gua tu Zack. Dia dari Planet Zoragon. Kadang-kadang, dia boleh jadi Jehan Miskin.

Tapi yang gua paling tak boleh bla mamat baju hijau yang belakang tu. Nampak sangat muka tahan gemuk. Haha. Ingat boleh nampak sasa gamaknya buat macam tu. Idora pulak selamba je, dengan muka tak bersalah, buat tanduk kat Syed.

Yang pakai topi ala-ala nak pergi memancing tu merupakan bini kepada Pyol. Dengar cerita bukan main meriah kenduri kahwin diorang. Anak pun dah 3. Ok. Aku tipu. Diorang belum kahwin lagi.

Yang lain-lain dari hujung kiri berbaju merah, Farah dengan Una. Diorang dah jadi janda sekarang. Ok. Aku tipu lagi. Apa gila budak ipta kahwin awal. Hujung kanan, Lily dengan Nedi.

Tapi, gua rasa ada benda tak kena la dengan gambar ni. Apa kejadah Ali Dula Ziqa Badisya (bercermin mata) boleh interframe kat belakang Lily tu.

Nota kaki : Ali Dula Ziqa Badisya merupakan seorang yang suka bercerita. Cerita-ceritanya sering ditokok-tambah sehingga menjadikan keseluruhan cerita tidak masuk akal. Beliau juga merupakan peminat dan pengamal seni tomoi tegar selain Saodin.

The Golden Monkey

|

Sabtu. Deepavali. Definisi. Hari bomb Sungai Jelatek. Jumpa Some70. Tapi tak ambil gambar. Jeng run interview. Siapa ada? Acit, VLT, Raduan, Amy, makwe yang ada member dia pakai lx3, Eon, Epa, Parol, kawan Eon dan ramai lagi. Strokes gua tak sharp. Belum ada keyakinan yang jitu kat depan wall.

Ahad. Cuti. Pagi. Melingkar. Petang. Mendalami tradisi warga arab di Bukit Bintang. Ponde punya angkara. Awek arab. Pergh. Tinggi. Aku bila nak tinggi. Boleh tak aku salahkan dewan makan sekolah batu 8.

Isnin. Lepak uia. Kosong. Tiada orang. Pergi Borders The Gardens. Cari Territory volume 10. Tak jumpa. Kesian.

Selasa. Pagi. Muet. Speaking. Bersepah. Balik Kuantan terus.

More photos to be added from time to time... kot. Tak janji.

listening to : Damien Marley - Road to Zion

Meet The Monkey

|
Ha. Ini beruk dilukis untuk sesi bombing meeting of character bak kata Nopx dan Epa. Tapi, aku tak pasti la nak pergi ke tak. Kalau hari Sabtu rasa macam awal sangat. Hari Ahad, macam lewat pulak. Tak pergi langsung = haru. Dah la tengah gian nak mengebom ni. Ish.

Currently listening to : Zid - Wonder Gibberish Medley (Wondergirl Cover)

Mak Aih...

|

Gua biasanya tak ambil port pasal kicks ni. Sebab gua tak berapa rajin pakai kasut. Biasanya gua sauk selipar tat seng je gi mana-mana. Boleh buat bunyi bising plepap-plepap kat tangga. Lagipun, gua amalkan konsep kaki gua nak hirup udara segar gak. Kalau asyik terperap, konpem lagi busuk dari belacan. Dan pakai selipar juga mencegah gua dari menjejakkan kaki ke kelab-kelab malam. Amacam. Hebat kan.

Tapi tadi tiba-tiba gua terjumpa benda alah ni masa blog hopping. Terus terpikat. Dulu gua pernah baca kat melayuminimalis pasal kasut ni. Tapi gua tak berapa nak focus sangat sebab sedap layan entri senarai jengkel. Tah pape sorang mamat tu komen. Dia kabo tak payah bising pasal Supra Skytop kalau tak kenal sapa tu Chad Muska. Leh.. Itu pun boleh jadi isu.

Gua pun tak kenal sangat Chad Muska sebab dia tak sekampung ngan gua. Kalau dia satu kampung ngan gua kan senang. Boleh la gua mintak Skytop ni 2 3 pasang. Ini tidak. Gua kenal Muska pun sebab sekolah rendah gua memang addict main game Tony Hawk. Dah la rambut cam backstreetboys masa tu. Walaupun tak berapa nak cool, tapi gua guna jugak la watak dia kadang-kadang, sebab ada trick-trick best yang gua dah tak ingat namanya.

Berbalik kepada Supra Skytop. Gua rasa, bila status kewangan gua dah sedap, dan kasut vengs ciplak gua dah menganga baru gua consider sikit nak angkat. Apa gila nak beli terus. Gua bukannya tokey balak.

Tapi gua rasa lama gila lagi ni. Maka gua menyeru rakyat-rakyat Siam sekalian, ciplaklah kasut ni cepat sikit. Ia bakal memberi sinar harapan kepada gua.

Bubble Girl

|

Harsh sketch. Dah lama gua tak lukis character. Rasa rindu plak. Haha. Aweks ni depan rambut biasa. Belakang pakai wig afro. Kes terpengaruh dengan cerita/manga Afro Samurai.

Ni la antara sketch yang rasa syok gila dia punya flow masa draw tu. Selalunya aku lukis, sikit-sikit stuck. Tapi yang ni dia punya flow tu fuh... macam sungai. Let it loose bebeh. Haha.

Ni lakaran kasar. Nanti nak buat yang less kasar sikit. Tambah details lagi. Dan, aku nak suruh korang warna. Sebab aku sangat malas dak tak reti mewarna. Hehe.

Korang yang dimaksudkan ialah Fad, Epa, Eon, NHS, dan sapa sapa jelah yang rajin. Aiseh. Macam pertandingan la pulak. Sapa menang, aku belanja kismis.

Picture speaks louder than text. Haha.

|
Sengals

Test. Test. Ha. Full pun gambar dalam body post ni. Apa la punya spoiler Blogger punya image coding paling large 400px. Tak rokes la.

Fad dan Jannah. Glemer sekejap korang dalam blog aku yang takde orang nak kunjung ni. Bhahaha. Semoga Flickr teruskan prestasi cemerlang dalam industri image hosting. Nanti aku belanja teh tarik ya Flickr ku sayang.

Layout agak kekosongan lagi. Header tengah takde idea nak letak gambar apa. Posting pun taktau nak post apa. Takde idea beb. Entri orang kebanyakan biasanya datangnya dari hati. Tapi ikutkan hati mati. Ha. Kan aku dah cakap mengarut.

Cukup cukup. Aku nak sambung sketch.

Currently listening to Pitbull - Hotel Room Service.
Cilakak. Kancil Romok ada Bass Boost siot. Patut pun jantung gua gegar semacam.

Totally Kick Ass!

|


Jumpa kat blog strobist. Memang pergh ah. Kaw-kaw punya stop motion. Orang lain kalut-kalut cari kamera video buat video klip dia bantai kamera still untuk buat video. Kreatif, gila, babas, gersangus, meletikus, haiperlazi, mumtaz. Memang bikin panas. Guna flash lagi. Profoto Pro 8a Air flash packs. Kalau mini flashgun Sony ni memang tak terkejar 10fps shots. (Duh.. semestinya. haha)

Final result stop motion video tu kat sini.

Roaming tak tentu hala

|



Antara malam-malam standard bila kat Kuantan. Sapok boring. Haha.
First stop motion experiment. How I wish for a wider lens. Sigma 10-20 ke..
Kena kumpul duit raya ni.

Throw it up.

|

KAED FEST

|

First time throw up dengan Epa dan Eon. Kucar habis aku bomb. Spray paint meleleh tak ingat. Eon la tukang touch up. Haha. Nasib lepas tu Mile kasi tutorial bomb dengan baik. Terbaik. Kena bertapa dekat studio Titian Songo la nanti gamaknya ni.

Gambar-gambar saja kasi lo-fi. Haha

Setem

|
Best. Dan jangan ngada-ngada nak tunggu masuk Astro baru nak tengok.

Least expected...

|
Semalam aku melayari internet cari idea sambil menggaru keypad huruf 'i'.
Harap tak jadi tabiat.
Pastu aku terserempak design cam sempoi kat a better tomorrow.
Life is what you make of it..

Hari ni aku jumpa design yang sama dekat pasar area masjid jamek. Warna coklat.

Balik bilik, aku nampak Falah tengah pakai baju gambo gajah yang kena flashstrobe kat threadless.com tu. (Elephants Don't Like Flash)
Katanya beli kat uptown.

Conclusion : Baju camni dijual merata-rata rupanya. Aku baru tahu. Sian aku.

Urbanscapes!

|


Sabtu. Pagi-pagi pergi teman si Fad beli holga kt the Gardens. Punya la lama nak tunggu kedai bukak. Sengal punya Mooks. Then, Titiwangsa. Sambut Epa. Lepas tu Urbanscapes. Dapat amek gamba dengan hero beb. Wuhuu.

Malam tu berkejar balik Kuantan pulak. Member kahwin esoknya. Haish. Tak sabar-sabar budak ni nak kahwin. Sekeh tahu la. Tapi happening gila. Satu kampung rasanya datang kenduri tu. Very Sungei Lembing y'all!

Pendrive pulak tertinggal. Design baju si Nhs dan rakan-rakannya ada dalam tu. Tunda lagi nak print. Wargh. Sengal. Nasib baik ada medium alternatif bernama internet.

Ahad petang balik PJ balik.

Fuh.. sampai uia aku nampak katil. Lega.

Strobie wee wee

|

Model: Saodin Nom Pedai
Location: Fantasia Beach Resort


Chasing Sunrise

|


Kelmarin Reunion budak sekolah sains batu 8. Di Balok.
Sempat beli flashgun 42. Wuhuu!
Tapi lupa bawak balik charger kamera. Battery tinggal 45%.
Kesengalan terserlah.


More photos to be uploaded at fotopages.

Finding Lomo

|
Finding Lomo. Not finding Nemo.

( silent )

A lame joke isn't it. Back to the topic.

Well, it was Saturday. Plan dengan si Fad nak keluar pergi pasar seni cari acrylic paint. Fad bersiap lambat gila. Jumpa Liya (studio mate juga) dengan rakan-rakan ustazah. Ada Reunion katanya. Tak sangka dia sekolah agama dulu. Liya ranggi gila.

Lepas pekena teh tarik mamak, kitorang pun gerak. Bas 12 pasang video dangdut lagi.

Sesampai di pasar seni, gua turun dengan perasaan teruja. Wow. Banyak makwe mat salleh yang hot. Bro2 tekun drawing potrait atas canvas. Bau kayu kuat. Dan bermacam-macam form of arts. Lama tak pergi tempat-tempat gini.

Fad bawa aku ke T Square. Pergh. Rambang mata. Dari basic pencils, technical pens, marker paint, transfer paper, sampai waterprof pen, acrylic paints, acrylic pens dan macam-macam. Rasa macam nak beli satu kedai. Malangnya aku bukan Jamal Malik. Aku beli acrylic paint, brush, pallette dengan marker paint sahaja. Fad beli pensel sebatang.

Next stop, jaga booth Koya di mcpa hall. Sakit Kepala Fest. Memang menyakitkan kepala. Aku blah awal dari situ. Padan muka Syed. Jaga la ko sorang-sorang. Haha.

Finally, midveli. Pergi Room Concept Store konon-konon nak tempah Holga. Bro kat situ cakap, it may take a few months to get your Holga. Sebab diorang takde stock. But the best thing is that, they promote another concept store that have it. It is Mooks at the Gardens. We go there and.. Poww! Banyak gila. Diana full set pun ada. T-shirt kat kedai tu memang mahal nak kena lempang juga la harga dia. Baru berangan nak angkat satu. Elaun kerajaan pula belum masuk lagi bermakna belum ada keizinan untuk melamar cik Holga pada hari tersebut.


Ha. Ni gambar Fad berangan nak Diana full set.


ngeng. haha

Empat

|
Aku dapat studio 4.
Empat. Nombor tak smart langsung.
Kalau kasi nombor 8 ke, ong sikit.
Satu studio dengan Fad pulak tu.

Dalam kelas aku ada budak yang selalu ke sana sini dengan beg kamera.
Di dalam ialah Nikon D60. Fuyoo pakai DSLR.

Pfft.. -__-"

Sticker

|

Free Gift. Haha. Download. Print it on sticker paper... and.. Stick it everywhere!

Wajib Tonton. Setem

|


Woah. Siriusli. Watch in High Quality mode. Terasa bezanya berbanding sneak peek filem-filem Skop Production. Hahaha. Fak cerita gambar kelabu asap. Yang ni bes. Cun siot cinemato. Semoga HD DVD pun diorang jual. Buleh tengok banyak kali. Keep on doing it Khabir, Afdlin. Yeah.

Terkinja-kinja

|

Vektorgrafi untuk tees client. Cewah. Macam gempak ayat. "-_-
Terpengaruh dengan FIK. Flow is King.

Tatkala Cuti-cutian

|
Seharian di Sekolah Sains Batu Lapan.





















Water Closet

|

Wake up. Watch tv. Online. Nasik goreng.
Dan masih belum buat lesen. Duh.
...
I'm hungry.
...
Kedai Uncle Wong tipu. Kata nak designer.

Cotton as Canvas

|
Sekarang. Cuti. Sebulan. Pergh. Lesen dah la tak buat lagi. Sengal. Aku tahu. Semalam, ambil duit dengan Ehsan. Laku gila rupanya jual tiset kat sekolah. Woohoo. 100 helai. Clean. Aku punya tiset pun ntah ke mana. Padahal dua warna saja.

Next project. Tees untuk gig hardcore abang Fuad Asri. Macam biasa, ahli sindiket yang lain uruskan printing dan kewangan. Aku, duduk depan tv, tengok cartoon network. Yea.. projek ni tak rare langsung. Still, the best thing is that we make serious graphics for our tees. Bukan 'microsoft word' punya baju. Haha. Sneak peek tees yang belum print lagi.




Lima Puluh Em Em Sebungkus.

|

2 objek silindrikal kontot yang bermakna bagi Cik Ricoh dan Cik Alpha.