Klasik. Tak berapa nak klasik la tahun 2007.

|
Ini gambar masa hari sukan sekolah sains batu 8. Gua terjumpa ni masa tengah kasi bersih cakera keras komputer riba gua, tadi. Gambar dari kamera sapa ntah aku pun tak tahu. Boleh tahan jugak dia punya wide angle.

Berbalik kepada gambar. Gua yang duduk tengah-tengah semestinya. Tengah tahan tangan si Syed daripada tutup muka gua. Gila apa. Bukannya pakai kamera digital gambar tak jadi boleh main delete-delete. Sebelah gua tu Zack. Dia dari Planet Zoragon. Kadang-kadang, dia boleh jadi Jehan Miskin.

Tapi yang gua paling tak boleh bla mamat baju hijau yang belakang tu. Nampak sangat muka tahan gemuk. Haha. Ingat boleh nampak sasa gamaknya buat macam tu. Idora pulak selamba je, dengan muka tak bersalah, buat tanduk kat Syed.

Yang pakai topi ala-ala nak pergi memancing tu merupakan bini kepada Pyol. Dengar cerita bukan main meriah kenduri kahwin diorang. Anak pun dah 3. Ok. Aku tipu. Diorang belum kahwin lagi.

Yang lain-lain dari hujung kiri berbaju merah, Farah dengan Una. Diorang dah jadi janda sekarang. Ok. Aku tipu lagi. Apa gila budak ipta kahwin awal. Hujung kanan, Lily dengan Nedi.

Tapi, gua rasa ada benda tak kena la dengan gambar ni. Apa kejadah Ali Dula Ziqa Badisya (bercermin mata) boleh interframe kat belakang Lily tu.

Nota kaki : Ali Dula Ziqa Badisya merupakan seorang yang suka bercerita. Cerita-ceritanya sering ditokok-tambah sehingga menjadikan keseluruhan cerita tidak masuk akal. Beliau juga merupakan peminat dan pengamal seni tomoi tegar selain Saodin.

The Golden Monkey

|

Sabtu. Deepavali. Definisi. Hari bomb Sungai Jelatek. Jumpa Some70. Tapi tak ambil gambar. Jeng run interview. Siapa ada? Acit, VLT, Raduan, Amy, makwe yang ada member dia pakai lx3, Eon, Epa, Parol, kawan Eon dan ramai lagi. Strokes gua tak sharp. Belum ada keyakinan yang jitu kat depan wall.

Ahad. Cuti. Pagi. Melingkar. Petang. Mendalami tradisi warga arab di Bukit Bintang. Ponde punya angkara. Awek arab. Pergh. Tinggi. Aku bila nak tinggi. Boleh tak aku salahkan dewan makan sekolah batu 8.

Isnin. Lepak uia. Kosong. Tiada orang. Pergi Borders The Gardens. Cari Territory volume 10. Tak jumpa. Kesian.

Selasa. Pagi. Muet. Speaking. Bersepah. Balik Kuantan terus.

More photos to be added from time to time... kot. Tak janji.

listening to : Damien Marley - Road to Zion

Meet The Monkey

|
Ha. Ini beruk dilukis untuk sesi bombing meeting of character bak kata Nopx dan Epa. Tapi, aku tak pasti la nak pergi ke tak. Kalau hari Sabtu rasa macam awal sangat. Hari Ahad, macam lewat pulak. Tak pergi langsung = haru. Dah la tengah gian nak mengebom ni. Ish.

Currently listening to : Zid - Wonder Gibberish Medley (Wondergirl Cover)

Mak Aih...

|

Gua biasanya tak ambil port pasal kicks ni. Sebab gua tak berapa rajin pakai kasut. Biasanya gua sauk selipar tat seng je gi mana-mana. Boleh buat bunyi bising plepap-plepap kat tangga. Lagipun, gua amalkan konsep kaki gua nak hirup udara segar gak. Kalau asyik terperap, konpem lagi busuk dari belacan. Dan pakai selipar juga mencegah gua dari menjejakkan kaki ke kelab-kelab malam. Amacam. Hebat kan.

Tapi tadi tiba-tiba gua terjumpa benda alah ni masa blog hopping. Terus terpikat. Dulu gua pernah baca kat melayuminimalis pasal kasut ni. Tapi gua tak berapa nak focus sangat sebab sedap layan entri senarai jengkel. Tah pape sorang mamat tu komen. Dia kabo tak payah bising pasal Supra Skytop kalau tak kenal sapa tu Chad Muska. Leh.. Itu pun boleh jadi isu.

Gua pun tak kenal sangat Chad Muska sebab dia tak sekampung ngan gua. Kalau dia satu kampung ngan gua kan senang. Boleh la gua mintak Skytop ni 2 3 pasang. Ini tidak. Gua kenal Muska pun sebab sekolah rendah gua memang addict main game Tony Hawk. Dah la rambut cam backstreetboys masa tu. Walaupun tak berapa nak cool, tapi gua guna jugak la watak dia kadang-kadang, sebab ada trick-trick best yang gua dah tak ingat namanya.

Berbalik kepada Supra Skytop. Gua rasa, bila status kewangan gua dah sedap, dan kasut vengs ciplak gua dah menganga baru gua consider sikit nak angkat. Apa gila nak beli terus. Gua bukannya tokey balak.

Tapi gua rasa lama gila lagi ni. Maka gua menyeru rakyat-rakyat Siam sekalian, ciplaklah kasut ni cepat sikit. Ia bakal memberi sinar harapan kepada gua.

Bubble Girl

|

Harsh sketch. Dah lama gua tak lukis character. Rasa rindu plak. Haha. Aweks ni depan rambut biasa. Belakang pakai wig afro. Kes terpengaruh dengan cerita/manga Afro Samurai.

Ni la antara sketch yang rasa syok gila dia punya flow masa draw tu. Selalunya aku lukis, sikit-sikit stuck. Tapi yang ni dia punya flow tu fuh... macam sungai. Let it loose bebeh. Haha.

Ni lakaran kasar. Nanti nak buat yang less kasar sikit. Tambah details lagi. Dan, aku nak suruh korang warna. Sebab aku sangat malas dak tak reti mewarna. Hehe.

Korang yang dimaksudkan ialah Fad, Epa, Eon, NHS, dan sapa sapa jelah yang rajin. Aiseh. Macam pertandingan la pulak. Sapa menang, aku belanja kismis.

Picture speaks louder than text. Haha.

|
Sengals

Test. Test. Ha. Full pun gambar dalam body post ni. Apa la punya spoiler Blogger punya image coding paling large 400px. Tak rokes la.

Fad dan Jannah. Glemer sekejap korang dalam blog aku yang takde orang nak kunjung ni. Bhahaha. Semoga Flickr teruskan prestasi cemerlang dalam industri image hosting. Nanti aku belanja teh tarik ya Flickr ku sayang.

Layout agak kekosongan lagi. Header tengah takde idea nak letak gambar apa. Posting pun taktau nak post apa. Takde idea beb. Entri orang kebanyakan biasanya datangnya dari hati. Tapi ikutkan hati mati. Ha. Kan aku dah cakap mengarut.

Cukup cukup. Aku nak sambung sketch.

Currently listening to Pitbull - Hotel Room Service.
Cilakak. Kancil Romok ada Bass Boost siot. Patut pun jantung gua gegar semacam.

Totally Kick Ass!

|


Jumpa kat blog strobist. Memang pergh ah. Kaw-kaw punya stop motion. Orang lain kalut-kalut cari kamera video buat video klip dia bantai kamera still untuk buat video. Kreatif, gila, babas, gersangus, meletikus, haiperlazi, mumtaz. Memang bikin panas. Guna flash lagi. Profoto Pro 8a Air flash packs. Kalau mini flashgun Sony ni memang tak terkejar 10fps shots. (Duh.. semestinya. haha)

Final result stop motion video tu kat sini.