Maskara Shorties tu beb...

|
Walaupun kondisi perut wa tak berapa nak elok sangat, teksi yang wa naik semput tak ingat, dan wa belum mandi lagi petang tadi, wa gagahkan juga datang ke rumah pena. Sebelum ke rumah pena, pagi tu, wa pergi lawat photo exhibition otai street candid malaya, encik Chot. Secara pendeknya, seharian juga la wa merayau dengan perut masuk angin ni.

Aiseh.. Rasa manja la pulak guna 'wa'. Macam 'wawa'. Tak kacak la.
Berbalik pada maskara shorties. Aku datang lewat, maka, terlepas la beberapa filem yang ditayangkan di awal event. Memang betul-betul rugi la terlepas filem Bertukar oleh Sinaganaga. Mael cakap cerita tu lawak gila. Agak-agak ada jual CD tak?

Filem-filem yang ditayangkan banyak juga. Tapi, rasanya tak sempat la nak review semua. Sebab aku tumpang laptop orang untuk taip entri ni. Guna lama-lama karang, mau dapat karate atas leher.

Aci Baca Sajak by Abdullah Jones
Start saja aku mula syak sesuatu kat filem ni. Tengok tempat cam familiar. Lepas tu nampak kerang. Hah. Konpem kat Kuantan, area orang jual ubat pelik-pelik dan spek mata rempit dekat padang MPK depan Masjid Negeri. Sajak yang sungguh... erotik. Haha. Steady orang Kuantan.

Alif Kacak by Alif Firdaus Aziz
Walawei. Sampai hari ni aku nyanyi lagu tu dalam toilet. Gila vavas punya penangan.

Hangus by Dean Sham
Pipiyapong hero tu. Berlakon nak cool. Haha. Mael yang member pipiyapong tu pulak ketar-ketar cakap masa scene dalam Kereta Sukan. Time acu pistol kat kepala orang, hebat pulak lakonan dia. Ada beberapa mesej tersirat. Cerita pasal Pipi nak kahwin, rompak YB, janji taknak rompak dah, YB rompakan rupanya bapak awek, YB mintak duit banyak, rompak lagi. Let's rock and roll!

Pintu by Akashdeep Singh
Rasa cam pernah tengok. Ketuk pintu bilik mak, mak tak menyahut. Lama budak tu ketuk.. Saspen! Ketuk lagi.. Abang menangis. Adik nak menangis jugak. Ketuk.. Mak.. Mak.. Pap! Mak masuk ikut pintu depan baru lepas angkat kain. Sayangi ibu anda.

My Perfect Ana by Nazri M. Annuar
Gadis robot berkebaya. Bateri kong, kena tukar robot baru. Ending, dia order gadis robot lagi. Tapi, aku rasa, kalau ending tu order robot berjantina lelaki mesti lagi tebabow. Haha. Aku rasa cerita ni saja je nak kasi peringatan. Isteri bukan robot.

Pemburu Buaya Darat by Tok Rimau
Gorgeous! Buat stail crocodile hunter. Tapi, tangkap orang. Terkacak beb!

Hidup Yang Tidak Dipinta by CST Production
Cinemato ter-babow! Mesti lah. Dah memang field diorang bab rakam-rakam video ni. Gua syak dia pakai tak D300s, mesti D90 takpun 5D mark 2 dengan 10-20. Cerita pasal anak yatim piatu, tinggal dengan nenek. Deep beb. Sebak jugak dada aku. Tak rok dah sekejap.

Frankie Goes to Gua Tempurung by Ayie
Saspek pengguna kamera telefon bimbit. Berbekalkan Naza GTR biru, merempit ke Gua Tempurung. Kami semua sepakat untuk memberi title filem ter-sempoi pada malam tersebut.

Psychopomp by M Fathil Shabab
Over edited. Terbentuk ketulan-ketulan noise yang nampak sangat harsh kat video tu. Subtittle kecil sangat. Ada mesej. Tapi tak sampai kat aku. Sorry.

Benting by Ahmad Hasan Yuniardi (Indonesia)
Menarik. Tapi perlahan.

Kakmin by Ajami Hashim
Perbualan Ajami Hashim dengan arwah Yasmin Ahmad yang sempoi tapi padat. Lepas tengok, anda akan berasa; Oh... patut pun filem-filem arahannya macam tu. "Saya bagi awak tali, saya bagi awak kayu, awak kena buat jambatan sendiri. Saya tak buatkan awak jambatan."

Kimeru by Tosan Priyonggo (Indonesia)
Cerita bahasa Jepun. Camerawork stail cerita Jepun. Cerita pakwe-makwe. Tapi tiada kaitan dengan situasi sedih nak putus hubungan pakwe-makwe. Cerita berunsur humor, tapi lambat nak paham sebab tak jelas babak rambut pakwe sebenarnya terlekat pada jam.

Melayu 7 by Mamat Khalid
Buat stail interview. Soalan-soalan yang diajukan memang rilek. Dah kahwin belum? Kalau dah kahwin, nak pasang satu lagi tak? Tahu pasal politik tak? Nak ambil tahu pasal politik tak? Bapak asal mana? Moyang asal mana? Dan tengok respon-respon mereka.

Sebelum balik, kami angkat itu baju 'rare' sepam. Sembaps angkat itu blook Stingarden Sinaganaga dan Gedung Kartun. Oh ya. Dengar cerita, sampai kat uia, Roshidi Poyo sungguh bising dengan kewujudan komik Gedung Kartun. Roshidi anti-pembangkang. Dia sangat kaki perempuan (sebab tu dapat poyo), suka usha facebook perempuan hot dan cakap tak serupa bikin. Ehem. Crocs ko beli tu bila nak pakai buat pergi jamban weh? Haha.

Maskara Shorties : Rocks.

8 comments:

Ajami Hashim said...

Salaam ikman,

klik & tonton filem saya kat sini:

KAKMIN oleh AJAMI HASHIM

[IKLAN]
juga tonton cerekarama TUNJANG SA'ADAH skrip saya punyer pada Sabtu, 14 Nov, 10mlm @ TV3! wohohoo!

p/s: tak sabar nak tunggu rev kau dik! huhu! :-)

maEL said...

lagi chanteq lu punya reviu..hahaha..

Op said...

sol-jah salut kamu. kamu memang kool kerana datang ke maskara shorties :)

Ikman said...

Ajami Hashim : Orait. Dah rebiu bang. Hehe.

Mael : Haha. Chantek lagi baju rare yang kita angkat itu malam.

Op : Kami salut Sindiket Sol-jah!

luqmal hadi said...

taman kerang.
yay!

alifstyle said...

TErima kasey kerana rebiu filem gua. Lu memang kacak!

Ikman said...

luqmal : tempat lepak ko la tu. haha.

alifstyle : lu memang style!

Afia said...

apo bendo ni weyh dala tak ajok

Post a Comment