Finding aesthetic in sound.

|
"The 'natives' always confuse a dubstep mix with some hardstyle techno shits. Simple formula. Dubstep music is like marijuana mixed with cola ."

Mohammad Ikman,
future architect,
part-time; cyclist, art director, analogue lover.

Deepavali

|
Sempena sambutan Deepavali, kami dengan bergayanya pergi tonton filem di Colliseum.



...



Ok tipu.


Tapi kami pergi tengok cerita ini.




Filem untuk rakyat Malaysia.

Kisah pathetic pelajar-pelajar senibina cuba mencari kehidupan

|
Atau dengan kata lebih semasa, mencari 'life'.

'life' yang jauh dari alam senibina. 

jauh dari studio. 
jauh dari kulliyah of architecture. 
jauh dari pensel, t-square, gam uhu, model board.

jauh. 

jauh 

JAUH.

dan kami gagal.

shit. 

30 Tahun + 3 Tahun Akan Datang. Versi Apokalips.

|
Title : Apokalips
Media : Microsoft Paint



Ekonomi jatuh berkecai. Perang meletus di setiap pelosok dunia. Negara berpecah belah. Rakyat memberontak. Petroleum dah nak habis. Syarikat swasta menguasai dunia. Piramid tumbuh bagai cendawan. Sistem piramid muncul kembali. Kegiatan perhambaan dihalalkan. Syarikat gergasi dunia berebut untuk menguasai Minyak Kelapa Sawit sebagai sumber tenaga alternatif. Firma MIP di Dubai dihentam pesawat Boeing 787 pasukan masonic kerana tak reti-reti mengambil rasuah. Syarikat jatuh bankrap. Abu dipersalahkan.


***

Abu bukan tahu apa-apa pun. Abu tak sekolah. Bawak motor gear kaki pun Abu tak reti. Perkara paling hebat Abu boleh buat cuma melakukan First Blood dalam permainan Dota. Itu pun 30 tahun dahulu. Tapi tak apa. Abu punya wawasan.

Sekarang Abu dah kena tangkap dengan Agensi Sentral Intellijens atas tuduhan memandu kapal terbang secara merbahaya lalu melanggar bangunan pencakar langit.

Abu hilang wawasan.


***


Segala aset, tanah, koleksi motor Ducati dan basikal pelewel mati ku agihkan sama rata kepada pekerja-pekerja bawahan. Tanpa mengira kelulusan universiti. Dari yang kerja cleaner sampai ke sektor atasan masing-masing dapat. Biar pemimpin yang susah. Jangan anak-anak buah yang susah.

"Kita balik rumah nenek mama ya Melur, Melati, Dahlia, Orked. Lama tak balik Afghanistan. Nanti dekat sana jangan cakap Jawa pulak. Nenek tak faham."

Mesin Surrogates aku tinggal dekat halaman rumah. Saja nak kasi stoner-stoner yang tak boleh nak gerak tulang empat kerat guna. Tak sangka ada stoner pedofil mengambil kesempatan. Kurang ajar. Habis aku difitnah. Tapi tak apa. Afghanistan di luar coverage media Malaysia. Update tentang fitnahan ni pun aku dapat tahu melalui status fesbuk Syed.

Di Afghanistan, aku mengambil upah mengajar seni silat gayong dan berkuda. Isteriku pula mengambil upah mengajar anak-anak kecil mengaji. Dengarnya di Malaysia, upah mengajar anak-anak kecil menari lebih lumayan.

Selain mengelak sisa-sisa periuk api di tepi-tepi jalan, kehidupan di Negara Timur Tengah sangat mendamaikan.

Sehingga suatu hari.
Aku terima satu mesej.

"URGENT : Kita akan mulakan gerakan mencari Lokma sekarang juga. Lama sangat dah dia sesat dalam hutan tu. Bertahun-tahun. Nak tengok jugak jambang dia dah panjang mana. - Fuad Asri Muda"


- Tamat Bab Satu -


Mereka punya 30 Tahun :

Syed - ini memang kurang hasam.
Ehsan
Gori
Fuad

Menambah Mood Raya

|


Ni kalau pasang kuat-kuat dekat rumah nenek agak-agak boleh dapat penampar tak.

30 Tahun Akan Datang

|
Lokasi : Anjung Rumah.
Musik latar : Koleksi Lagu-lagu Raya Hit Sepanjang Zaman.


Haaaakkk Chooshh!!

Cilaka. Ini kalau tak makwe-makwe main sebut-sebut nama aku, mesti budak-budak ni mengumpat. Habis frame vintaj Raleigh aku berbalut hingus-hingus tua. Satu hal pulak nak cari kain lap. Semenjak masuk cover Forbes ni, ramai pulak yang hantar jin selsema.

"Melur! Udah-udah le tu main gitar bass nya. Tolong bapak ni carikan kain lap."

Melur. Itu anak sulung aku merangkap anak dara yang paling rock dalam keluarga. Adik-adik dia yang lain sibuk minta barbie doll menari keluar laser, dia boleh mintak gitar Robert Trujillo sempena hari jadi ke-10. Sekarang dah dekat 20, masih takde pakwe. Nak kata tak lawa, muka ada iras-iras Charlotte Cooper. Kaki pukul agaknya anak aku ni kat sekolah.

"Text mama, petang ni kita balik kampung. Jumpa granny dengan tok wan. Bapak ni pun dah lama tak jumpa kawan-kawan bapak area Kuantan tu."

"Ye pak," jawab Melur ringkas tanpa rasa nak melawan.
Mungkin ini dinamakan karma.

"Eh pak, semalam kan, masa Melur perform featuring band Uncle Mael and The Popsicle kat Hard Rock Cafe, Melur rasa Melur nampak Uncle Syed. Macam biasalah, duk mengorat kawan-kawan Melur yang bawah umur."

Ish ish ish Syed... Gua geleng kepala.
Lepas menduda dua tiga kali ni, makin rancak pulak beliau memburu.

Kringg Kringgg!

"Pak, Uncle Ehsan telefon pak!" Jerit Melati dari dalam rumah.

Assalamualaikum

Woi ko tau tak Lokma tu hilang dalam hutan.

Wei, tak reti jawab salam ke?

Oh2. Waalaikumsalam. Ha gini, Lokma hilang dalam hutan.

Dia main basikal masuk hutan lagi ke?

Ha ah. Jenis-jenis tak sedar diri kaki dah tak kuat mengayuh. Malam ni buat tahlil doa selamat sikit semoga dia selamat dalam hutan tu.

Molek sangat le tu. Aku pun nak balik Kuantan petang karang.

Lepas tu ni, lusa opening butik Koya yang ke-15 dekat Yokohama. Board of Directors wajib datang.

Malas ah. Mini butik je kan. Bukan flagship store. Kalau menu buka ada karipap sardin baru aku datang.

Eh jap, ni ko kat Malaysia kan, firma M. Ikman & Partners (MIP) ko bukan kat Dubai ke. Tau la bos, tak reti-reti nak gi kerja ke.

Heheh (chuckles) . Dengar cerita Gori masuk hospital, obesiti. Apa kes? Run gym sendiri tapi sendiri obes.

Biasalah dia. Banyak duduk skodeng makwe kat gym je. K la weh. Aku nak gi ambik Fuad dengan family dia kat Terminal Tren Berkuasa Nuklear Darul Makmur.

Ok ok. Kirim salam belaka. Malam karang lepak.

Melur, Melati, Dahlia, Orked! Pergi packing-packing lekas.
Bapak keluar kejap ambik mama kamu. Dahlia, kamu jangan gatal-gatal nak start Ducati apak. Petrol sekarang dah la benda rare. Nak main moto sangat tunggu kat kampung nanti, lenjan Kawasaki Atuk. Melati, cuba-cubalah cabut poster 3d pelakon remake filem Budak Setan 2029 tu. Geli apak nengok eh badan suntik steroid gitu.


Bersambung...


Footnote : Seronok la pulak menulis ni rupanya. Ha ha ha.

Urbanscapes 2010 Report

|
Buat perangai makwe2 urban.

The Cinescapes Stage.

Liyana Fizi.

Shieko.

Jam.

Bass Punks International!

Damn. I want that. The swooshy one.

Filmmaker, beat her's if you can.

Screening cerita Muallaf

Aku mahu duit kamu juga.

Wtf...

Danger Disko.

Some cool guy at Junk's booth. Giving us a bucket of free goodies.

Spectacular Khottal.


Urbanscapes tahun ini biasa-biasa saja.
Except that, projek angkat rumah.
Now that is something.
Literally, rumah itu diangkat. Katang bereng set ni.
Layan Sound System at The Sunset Disco was mindblowing.
DangerDisko at Badger booth was awesome too.
Who can deny distorted bass man.
Malas nak upload lagi banyak gambar.
I think, that's it lah.


Currently listening to : The Rolling Stones - Miss You

Aftermath

|
Pagi tadi, I tengok dalam cermin, I nampak :

Steve Aoki,
Kurt Cobain,
Tamao Serizawa,
Razlan Kristal,
Robert Trujillo,
Bart Rasta

Sekarang, I tengok dalam cermin, I nampak :

Zoela


Rasa nak menjerit.

Tapi takut tak appropriate.

I nak salahkan Taaruf Week.



Siapa ada BON?!

Left Alone

|
Somewhere in Pekan, Pahang.

Kamera itu sudah tua.
Kaca lensanya sudah diteroka fungus.
Meter elektroniknya sudah tiada guna.
Kamera itu sudah tua.

Kamera itu sudah tua.
Kepingan besi pelurus filem sudah berkarat.
Penutup badan belakangnya sudah longgar.
Kamera itu sudah tua.

Tua.
Si tua itulah juga pernah membantu seorang bapa mendapat ijazah.
Merakam kenangan lampau dengan bantuan ratusan gulung filem.
Menjadi harta turun temurun.

Sekarang.
Siapa mahu belikan aku kamera baru?

Currently listening to : Tri - Kemana (Lagu untuk anak derhaka)

Menunggu

|
Tanah Abang, Jakarta

Listening to : Blur. The whole discography.

Fazliza & Mirul

|


Hai. Ini kawan sekolah rendah I. Nama dia Fazliza.
I dapat call untuk shoot dia kahwin sehari sebelum wedding day dia itu.
I ingatkan prank call.
Rupa-rupanya kahwin betul.

PR sangat penting untuk mereka-mereka yang ditugaskan untuk shoot wedding.
My PR sangat la worse. Nasib baik ni member sekolah. Takdela awkward sangat nak suruh itu ini itu ini.
Tak sempat nak buat outdoor session sebab pengantin dah penat.

I rasa I dah tak rock sekarang.
Semi-Totally.

Listening to : Pixie Lott - Mama Do (Acoustic)

Chasing Sunrise - Panorama Hill

|

Best juga bangun pagi rupanya.

12 tahun duduk Sungai Lembing, ni first time tengok sunrise atas Bukit Panorama.
Selama ni naik, sampai puncak, dah terik.
Tak sunrise langsung. Haha.

Oh.

Bawah ni gambar atas puncak sebelum matahari terbit.


Bercanda di Pasiran Pantai

|
Lokma & Tia

Budak ni asyik tanya, taknak kerja ke?

Kerja ni merupakan propaganda amerika untuk melalaikan manusia dari melaksanakan tanggungjawab cuti dengan sepenuh perasaan.

I lepas makan, cuci pinggan.
Boleh kira kerja la tu.
Kerja rumah.


...


Lama tak tengok matahari terbit.

Currently listening to : Nothing. Mangkuk punya laptop.
Cucuk speaker besar, bunyi kat speaker laptop lagi. Jenis-jenis tak faham bahasa.

Social Ills

|
Sesenja di Teluk Chempedak.
Baru lepas mandi laut.
Tak bilas, bertuala. Lepak McD.

Fuh. Makwe seksi.
Tapi dah ada laki dengan anak.

Gori pergi ngorat makwe lain yang jaga booth ais krim McD.
Tapi tak sampai 15 minit, kena potong dengan brader-brader McD yang turut menaruh hati pada makwe tersebut.

Ehsan dengan Lokma sibuk main kamera.

Gori give up tunggu turn untuk borak dengan makwe aiskrim tu,
balik ke meja kami.

Tiba-tiba,
bunyi macam ada orang nak bergaduh.


"Ha. Kau jangan nak carik pasal dengan aku. Jangan nak cari pasal!"


Gori : Haih. Tu la. Kahwin awal-awal. Jaga anak tak reti. Tau nak marah-marah. Marah budak kecik pun nak beria.

Gua : Dah terlanjur. Kena la kahwin...

Ehsan dan Lokma : Kah! Kah! Kah!


...


Astaghfirullah... Tak baik bersangka buruk.

Global Warming

|
Pukul 10 pagi yang sejuk

Hari itu, pergi tanah tinggi Cameron.
Hari itu, sejuk. Tapi I still pakai seluar pendek.
Hari itu, ramai nyonya drive Land Rover. Selamba.
Di sebalik Land Rover yang nampak nak terbarai tapi power, nyonya itu juga ada Toyota Hilux baru warna putih solid.

Nyonya itu berbakti kepada tanah.

Orang kita,
tahu nak marah-marah. Nak dengki-dengki.
Tanah yang ada taknak diusahakan.
Sibuk katanya.
Sibuk mencari downline di warung kopi.


Currently rocking on : The Killers - All These Things That I've Done

Entri Marah-marah

|
Ini bukan Puduraya


Marah, sedih, dengki, seronok, cinta. Benda-benda yang berkait dengan emosi ni biasanya sinonim dengan arena feminism. Atau senang kata ; macam perempuan. So, entri kali ini, saya cuba taip dengan gaya gadis-gadis urban belasan tahun.

YoU All PerNaH tAk nAik BaS? (Oh tahi.. baru satu ayat dah penat taip.)
Ok. Orang-orang yang tak berapa nak ada kereta macam I, public transport la my only way untuk transit dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dan I dapat kenal pasti, bas la yang paling frequent buat hal.


Situasi 1

I dari Johor. Terminal Larkin ya. Bersama Topap dan Syed, I nak beli tiket balik Kuantan. Baru jejak kaki dalam terminal tu, terus datang kutu-tiket-yang-jual-tiket-harga-lebih-lebih approach I. Bukan sorang dua tau. Dekat lima-enam orang la jugak. I tak suka la.

Ayat fevret diorang camni.

"Ha. Adik nak pergi mana? Cakap je dulu. Cakap je."

Cakap je dulu my ass. Apa guna kewujudan kaunter yang bersepah-sepah tu. I nak beli kat kaunter. I tahu you jual tiket caj lebih lima ringgit, kadang kadang tiga ringgit. Ikut kadar ketamakan masing-masing.

Tapi oleh kerana tak tahan, I layan la sorang pakcik buncit ni. Cakap nak pergi Kuantan. Dia pun kasi la tiket. Harga dia I dah lupa. Lepas tu I pun duduk la tunggu bas sambil usha makwe lalu-lalang.

Tiba-tiba datang kutu sorang ni tanya nak pergi mana. I pun tunjuk la I dah beli tiket pun. Macam biasa, dia keluar ayat tadi.

"Cakap je nak pergi mana."

I pun cakap la Kuantan.
Lepas tu dialog kami jadi macam ni.

"Kenapa la you beli tiket dengan dia. Dia tu penipu tau."

"La. I dah beli. Nak buat macam mana."

"Kalau you beli dengan I, RM20 je tau. You nak pergi mana tadi?"

"Kuantan."

"You pergi KL la. Tiket KL RM20."

Then, i was like bermonolog, what the f-ing hell was he thinking. Apa kejadah I nak pergi Kuantan, disuruhnya beli tiket pergi KL. Gaya nak kena tendang.

Then, bas sampai, I pun pergi la dekat bas tersebut. Datang la pakcik tadi. Deal-deal amende ntah dengan driver. Diorang suruh kami tunggu dulu. Orang lain dah masuk semua, baru I dapat tahu, tiket I ni duduk belakang sekali tempat orang baring atau lebih sesuai, tempat letak beg. Disumbatnya tiga orang brader termasuk I dekat seat blakang sekali tu. Bukan seat. Tempat letak barang. Gaya batak.


Situasi 2

Puduraya. I hate puduraya. Puduraya la tempat paling king sekali ramai kutu tiket. I baru sampai dengan Fuad Asri nak pergi beli tiket pergi Sri Iskandar. Ingat ni, Sri Iskandar.

Then we were like, kena approach dengan brother sorang ni dekat depan kaunter. Dia tanya nak pergi mana. Kami cakap la Sri Iskandar. Dia pun cakap la Sri Iskandar ada pukul 11.30pm. Masa tu jam menunjukkan angka 11.25pm. Kami nak tunggu Ehsan lagi. Kami pun cakap la lewat sikit ada tak. Lepas tu, brader tadi terus nak mengamuk sambil jerit-jerit, "kalau nak lewat-lewat, pergi balik esok je la!"

I pandang Fuad, Fuad angguk. I reverse kaki, I ambil side, I kasi lutut dagu brader tadi. Darah bersembur keluar bersama beberapa batang gigi dan bulu hidung. Orang keliling pandang. Kami buat-buat baca mesej.

Ehsan sampai. Kami suruh Ehsan pula laksanakan urusan mencari tiket. Kami juga sempat ingatkan Ehsan, jangan kalah dengan hasutan kutu-kutu tiket. Pergi kaunter je. Buat-buat tak dengar kalau orang tanya. Jangan eye contact dengan kutu-kutu ni. Pandang siling atau lantai.

Tapi Ehsan tetap tumpas. Seorang kutu warga emas berjaya menghasut untuk membeli tiket ke Lumut. Kami pun tanya la, "Lalu Sri Iskandar tak?". Dia pun cakap, "Ye ye. Lalu". Kami pun percaya.

Dah naik bas, kami tanya penumpang dengan driver, bas ni lalu Sri Iskandar tak?
Semua cakap tak.
Shit.

Lepas ni I nak bawa molotov tiap kali pergi terminal.

Back to Vector - Gundam

|

Hai. Ini hasil kerja vector cincai saya. Buat sambil chatting ngan Fad kat fesbuk. Saya suka warna-warna yang nampak macam retro. Nampak kacak. Ini robot model apa saya pun tak tahu. Plagiat. Ada ke orang nak plagiat benda ni? Watermark itu agak menyakitkan mata. Mata ya. Mata saya sendiri.

Ok lah. Saya nak pergi sekolah dulu. Babai.

Listening to : Nirvana - Lounge Act

Kapel Belasan Tahun : Fuad & Mimie

|
Fuad & Mimie
Location : Kolej Mara Kulim


Ha. Ni lah dia. Kapel yang tak declare. Kah3...
Tak target pun akan shoot gambar korang dulu sebelum pasangan mamat ni, takpun mamat ni. Tapi gua yakin mamat ni last sekali.


Currently listening to : Radiohead - Sit Down. Stand Up. (Snakes and Ladders)