Choice

|
Them | Photo for AED Annual Grand Dinner slide show.

Annual Grand Dinner.

Pergi ke taknak pergi ke taknak pergi ke taknak pergi ke taknak.

Ok. Gua taknak pergi.
Banyak kerja belum siap. Banyak gila.
Gila gila punya banyak.
Boleh gila la kot untuk orang yang kurang semangat.

Malam karang target buat kerja sampai lebam.

Tapi taktau la kalau maghrib karang datang kutu-kutu rayap ajak keluar lepak-lepak.


Listening to : Endah & Rhesa - Blue Day

Chemical Goodness

|
Strangers | Taman Bandar, Kuantan

Makwes | Taman Bandar, Kuantan

Afiq Afify | A Famosa, Melaka

Fad | Tren mana ntah, Melaka

Mariati & Topap | Somewhere in Melaka

The Orang Utan House | Melaka

The A Famosa | Melaka

Self Potrait | Kolej 12, Universiti Malaya

Entah | Melaka

Goal! | Padang Metrik Universiti Islam Malaysia, Petaling Jaya


Gambar baru lepas cuci kat Ss2. Semua gambar cross-processed kecuali yang self potrait tu. Lima keping dari atas datang dari Ricoh yang disumbat lens Rikenon 55mm F2.2. Lima keping lagi gambar-gambar dari lomolitos biru.

Sekarang... aku rabak.
Nasi koboi satu!

Time

|
Morning

Random pic masa lepak-lepak kat rumah agam Topap.

Currently layan tweak tone gambar. Skrin laptop ni memang masalah. Warna lari. Nak kejar, tak cukup gas.

Ni entri nak cukup syarat entri pertama bulan Januari tahun baru. 2010. Kalau ikut gambar muka belakang buku teks Bahasa Melayu masa sekolah rendah, 1o tahun akan datang akan dipenuhi dengan kereta terbang, brader pakai baju warna krom, bangunan berlipat, tren bentuk peluru berpandu dan makwe seksi. Ok, takde makwe seksi. Buku sekolah bukan suratkhabar Metro.

Gua tak kesah mana kalau kereta-kereta tak boleh nak terbang. Tapi gua tak sabar nak tengok kereta-kereta macam brader Daniel Simon selalu lukis tu jadi realiti. Baru stailo.