Bercanda di Pasiran Pantai

|
Lokma & Tia

Budak ni asyik tanya, taknak kerja ke?

Kerja ni merupakan propaganda amerika untuk melalaikan manusia dari melaksanakan tanggungjawab cuti dengan sepenuh perasaan.

I lepas makan, cuci pinggan.
Boleh kira kerja la tu.
Kerja rumah.


...


Lama tak tengok matahari terbit.

Currently listening to : Nothing. Mangkuk punya laptop.
Cucuk speaker besar, bunyi kat speaker laptop lagi. Jenis-jenis tak faham bahasa.

Social Ills

|
Sesenja di Teluk Chempedak.
Baru lepas mandi laut.
Tak bilas, bertuala. Lepak McD.

Fuh. Makwe seksi.
Tapi dah ada laki dengan anak.

Gori pergi ngorat makwe lain yang jaga booth ais krim McD.
Tapi tak sampai 15 minit, kena potong dengan brader-brader McD yang turut menaruh hati pada makwe tersebut.

Ehsan dengan Lokma sibuk main kamera.

Gori give up tunggu turn untuk borak dengan makwe aiskrim tu,
balik ke meja kami.

Tiba-tiba,
bunyi macam ada orang nak bergaduh.


"Ha. Kau jangan nak carik pasal dengan aku. Jangan nak cari pasal!"


Gori : Haih. Tu la. Kahwin awal-awal. Jaga anak tak reti. Tau nak marah-marah. Marah budak kecik pun nak beria.

Gua : Dah terlanjur. Kena la kahwin...

Ehsan dan Lokma : Kah! Kah! Kah!


...


Astaghfirullah... Tak baik bersangka buruk.

Global Warming

|
Pukul 10 pagi yang sejuk

Hari itu, pergi tanah tinggi Cameron.
Hari itu, sejuk. Tapi I still pakai seluar pendek.
Hari itu, ramai nyonya drive Land Rover. Selamba.
Di sebalik Land Rover yang nampak nak terbarai tapi power, nyonya itu juga ada Toyota Hilux baru warna putih solid.

Nyonya itu berbakti kepada tanah.

Orang kita,
tahu nak marah-marah. Nak dengki-dengki.
Tanah yang ada taknak diusahakan.
Sibuk katanya.
Sibuk mencari downline di warung kopi.


Currently rocking on : The Killers - All These Things That I've Done

Entri Marah-marah

|
Ini bukan Puduraya


Marah, sedih, dengki, seronok, cinta. Benda-benda yang berkait dengan emosi ni biasanya sinonim dengan arena feminism. Atau senang kata ; macam perempuan. So, entri kali ini, saya cuba taip dengan gaya gadis-gadis urban belasan tahun.

YoU All PerNaH tAk nAik BaS? (Oh tahi.. baru satu ayat dah penat taip.)
Ok. Orang-orang yang tak berapa nak ada kereta macam I, public transport la my only way untuk transit dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dan I dapat kenal pasti, bas la yang paling frequent buat hal.


Situasi 1

I dari Johor. Terminal Larkin ya. Bersama Topap dan Syed, I nak beli tiket balik Kuantan. Baru jejak kaki dalam terminal tu, terus datang kutu-tiket-yang-jual-tiket-harga-lebih-lebih approach I. Bukan sorang dua tau. Dekat lima-enam orang la jugak. I tak suka la.

Ayat fevret diorang camni.

"Ha. Adik nak pergi mana? Cakap je dulu. Cakap je."

Cakap je dulu my ass. Apa guna kewujudan kaunter yang bersepah-sepah tu. I nak beli kat kaunter. I tahu you jual tiket caj lebih lima ringgit, kadang kadang tiga ringgit. Ikut kadar ketamakan masing-masing.

Tapi oleh kerana tak tahan, I layan la sorang pakcik buncit ni. Cakap nak pergi Kuantan. Dia pun kasi la tiket. Harga dia I dah lupa. Lepas tu I pun duduk la tunggu bas sambil usha makwe lalu-lalang.

Tiba-tiba datang kutu sorang ni tanya nak pergi mana. I pun tunjuk la I dah beli tiket pun. Macam biasa, dia keluar ayat tadi.

"Cakap je nak pergi mana."

I pun cakap la Kuantan.
Lepas tu dialog kami jadi macam ni.

"Kenapa la you beli tiket dengan dia. Dia tu penipu tau."

"La. I dah beli. Nak buat macam mana."

"Kalau you beli dengan I, RM20 je tau. You nak pergi mana tadi?"

"Kuantan."

"You pergi KL la. Tiket KL RM20."

Then, i was like bermonolog, what the f-ing hell was he thinking. Apa kejadah I nak pergi Kuantan, disuruhnya beli tiket pergi KL. Gaya nak kena tendang.

Then, bas sampai, I pun pergi la dekat bas tersebut. Datang la pakcik tadi. Deal-deal amende ntah dengan driver. Diorang suruh kami tunggu dulu. Orang lain dah masuk semua, baru I dapat tahu, tiket I ni duduk belakang sekali tempat orang baring atau lebih sesuai, tempat letak beg. Disumbatnya tiga orang brader termasuk I dekat seat blakang sekali tu. Bukan seat. Tempat letak barang. Gaya batak.


Situasi 2

Puduraya. I hate puduraya. Puduraya la tempat paling king sekali ramai kutu tiket. I baru sampai dengan Fuad Asri nak pergi beli tiket pergi Sri Iskandar. Ingat ni, Sri Iskandar.

Then we were like, kena approach dengan brother sorang ni dekat depan kaunter. Dia tanya nak pergi mana. Kami cakap la Sri Iskandar. Dia pun cakap la Sri Iskandar ada pukul 11.30pm. Masa tu jam menunjukkan angka 11.25pm. Kami nak tunggu Ehsan lagi. Kami pun cakap la lewat sikit ada tak. Lepas tu, brader tadi terus nak mengamuk sambil jerit-jerit, "kalau nak lewat-lewat, pergi balik esok je la!"

I pandang Fuad, Fuad angguk. I reverse kaki, I ambil side, I kasi lutut dagu brader tadi. Darah bersembur keluar bersama beberapa batang gigi dan bulu hidung. Orang keliling pandang. Kami buat-buat baca mesej.

Ehsan sampai. Kami suruh Ehsan pula laksanakan urusan mencari tiket. Kami juga sempat ingatkan Ehsan, jangan kalah dengan hasutan kutu-kutu tiket. Pergi kaunter je. Buat-buat tak dengar kalau orang tanya. Jangan eye contact dengan kutu-kutu ni. Pandang siling atau lantai.

Tapi Ehsan tetap tumpas. Seorang kutu warga emas berjaya menghasut untuk membeli tiket ke Lumut. Kami pun tanya la, "Lalu Sri Iskandar tak?". Dia pun cakap, "Ye ye. Lalu". Kami pun percaya.

Dah naik bas, kami tanya penumpang dengan driver, bas ni lalu Sri Iskandar tak?
Semua cakap tak.
Shit.

Lepas ni I nak bawa molotov tiap kali pergi terminal.

Back to Vector - Gundam

|

Hai. Ini hasil kerja vector cincai saya. Buat sambil chatting ngan Fad kat fesbuk. Saya suka warna-warna yang nampak macam retro. Nampak kacak. Ini robot model apa saya pun tak tahu. Plagiat. Ada ke orang nak plagiat benda ni? Watermark itu agak menyakitkan mata. Mata ya. Mata saya sendiri.

Ok lah. Saya nak pergi sekolah dulu. Babai.

Listening to : Nirvana - Lounge Act