30 Tahun + 3 Tahun Akan Datang. Versi Apokalips.

|
Title : Apokalips
Media : Microsoft Paint



Ekonomi jatuh berkecai. Perang meletus di setiap pelosok dunia. Negara berpecah belah. Rakyat memberontak. Petroleum dah nak habis. Syarikat swasta menguasai dunia. Piramid tumbuh bagai cendawan. Sistem piramid muncul kembali. Kegiatan perhambaan dihalalkan. Syarikat gergasi dunia berebut untuk menguasai Minyak Kelapa Sawit sebagai sumber tenaga alternatif. Firma MIP di Dubai dihentam pesawat Boeing 787 pasukan masonic kerana tak reti-reti mengambil rasuah. Syarikat jatuh bankrap. Abu dipersalahkan.


***

Abu bukan tahu apa-apa pun. Abu tak sekolah. Bawak motor gear kaki pun Abu tak reti. Perkara paling hebat Abu boleh buat cuma melakukan First Blood dalam permainan Dota. Itu pun 30 tahun dahulu. Tapi tak apa. Abu punya wawasan.

Sekarang Abu dah kena tangkap dengan Agensi Sentral Intellijens atas tuduhan memandu kapal terbang secara merbahaya lalu melanggar bangunan pencakar langit.

Abu hilang wawasan.


***


Segala aset, tanah, koleksi motor Ducati dan basikal pelewel mati ku agihkan sama rata kepada pekerja-pekerja bawahan. Tanpa mengira kelulusan universiti. Dari yang kerja cleaner sampai ke sektor atasan masing-masing dapat. Biar pemimpin yang susah. Jangan anak-anak buah yang susah.

"Kita balik rumah nenek mama ya Melur, Melati, Dahlia, Orked. Lama tak balik Afghanistan. Nanti dekat sana jangan cakap Jawa pulak. Nenek tak faham."

Mesin Surrogates aku tinggal dekat halaman rumah. Saja nak kasi stoner-stoner yang tak boleh nak gerak tulang empat kerat guna. Tak sangka ada stoner pedofil mengambil kesempatan. Kurang ajar. Habis aku difitnah. Tapi tak apa. Afghanistan di luar coverage media Malaysia. Update tentang fitnahan ni pun aku dapat tahu melalui status fesbuk Syed.

Di Afghanistan, aku mengambil upah mengajar seni silat gayong dan berkuda. Isteriku pula mengambil upah mengajar anak-anak kecil mengaji. Dengarnya di Malaysia, upah mengajar anak-anak kecil menari lebih lumayan.

Selain mengelak sisa-sisa periuk api di tepi-tepi jalan, kehidupan di Negara Timur Tengah sangat mendamaikan.

Sehingga suatu hari.
Aku terima satu mesej.

"URGENT : Kita akan mulakan gerakan mencari Lokma sekarang juga. Lama sangat dah dia sesat dalam hutan tu. Bertahun-tahun. Nak tengok jugak jambang dia dah panjang mana. - Fuad Asri Muda"


- Tamat Bab Satu -


Mereka punya 30 Tahun :

Syed - ini memang kurang hasam.
Ehsan
Gori
Fuad

Menambah Mood Raya

|


Ni kalau pasang kuat-kuat dekat rumah nenek agak-agak boleh dapat penampar tak.

30 Tahun Akan Datang

|
Lokasi : Anjung Rumah.
Musik latar : Koleksi Lagu-lagu Raya Hit Sepanjang Zaman.


Haaaakkk Chooshh!!

Cilaka. Ini kalau tak makwe-makwe main sebut-sebut nama aku, mesti budak-budak ni mengumpat. Habis frame vintaj Raleigh aku berbalut hingus-hingus tua. Satu hal pulak nak cari kain lap. Semenjak masuk cover Forbes ni, ramai pulak yang hantar jin selsema.

"Melur! Udah-udah le tu main gitar bass nya. Tolong bapak ni carikan kain lap."

Melur. Itu anak sulung aku merangkap anak dara yang paling rock dalam keluarga. Adik-adik dia yang lain sibuk minta barbie doll menari keluar laser, dia boleh mintak gitar Robert Trujillo sempena hari jadi ke-10. Sekarang dah dekat 20, masih takde pakwe. Nak kata tak lawa, muka ada iras-iras Charlotte Cooper. Kaki pukul agaknya anak aku ni kat sekolah.

"Text mama, petang ni kita balik kampung. Jumpa granny dengan tok wan. Bapak ni pun dah lama tak jumpa kawan-kawan bapak area Kuantan tu."

"Ye pak," jawab Melur ringkas tanpa rasa nak melawan.
Mungkin ini dinamakan karma.

"Eh pak, semalam kan, masa Melur perform featuring band Uncle Mael and The Popsicle kat Hard Rock Cafe, Melur rasa Melur nampak Uncle Syed. Macam biasalah, duk mengorat kawan-kawan Melur yang bawah umur."

Ish ish ish Syed... Gua geleng kepala.
Lepas menduda dua tiga kali ni, makin rancak pulak beliau memburu.

Kringg Kringgg!

"Pak, Uncle Ehsan telefon pak!" Jerit Melati dari dalam rumah.

Assalamualaikum

Woi ko tau tak Lokma tu hilang dalam hutan.

Wei, tak reti jawab salam ke?

Oh2. Waalaikumsalam. Ha gini, Lokma hilang dalam hutan.

Dia main basikal masuk hutan lagi ke?

Ha ah. Jenis-jenis tak sedar diri kaki dah tak kuat mengayuh. Malam ni buat tahlil doa selamat sikit semoga dia selamat dalam hutan tu.

Molek sangat le tu. Aku pun nak balik Kuantan petang karang.

Lepas tu ni, lusa opening butik Koya yang ke-15 dekat Yokohama. Board of Directors wajib datang.

Malas ah. Mini butik je kan. Bukan flagship store. Kalau menu buka ada karipap sardin baru aku datang.

Eh jap, ni ko kat Malaysia kan, firma M. Ikman & Partners (MIP) ko bukan kat Dubai ke. Tau la bos, tak reti-reti nak gi kerja ke.

Heheh (chuckles) . Dengar cerita Gori masuk hospital, obesiti. Apa kes? Run gym sendiri tapi sendiri obes.

Biasalah dia. Banyak duduk skodeng makwe kat gym je. K la weh. Aku nak gi ambik Fuad dengan family dia kat Terminal Tren Berkuasa Nuklear Darul Makmur.

Ok ok. Kirim salam belaka. Malam karang lepak.

Melur, Melati, Dahlia, Orked! Pergi packing-packing lekas.
Bapak keluar kejap ambik mama kamu. Dahlia, kamu jangan gatal-gatal nak start Ducati apak. Petrol sekarang dah la benda rare. Nak main moto sangat tunggu kat kampung nanti, lenjan Kawasaki Atuk. Melati, cuba-cubalah cabut poster 3d pelakon remake filem Budak Setan 2029 tu. Geli apak nengok eh badan suntik steroid gitu.


Bersambung...


Footnote : Seronok la pulak menulis ni rupanya. Ha ha ha.